

R-0D4

LOGLINE:
R-0D4, sebuah robot R-0D4 yang perlu mengejar sebuah robot 3-B4NG yang mencuri ikannya.
SYNOPSIS
R-0D4 sedang menjual ikan. Sehingga suatu hari, ada sebuah robot dron yang bernama 3-B4NG mencuri seekor ikan daripada kedainya. R-0D4 mula mengejar robot dron tersebut. R-0D4 menghadapi beberapa kesukaran semasa mengejar robot dron tersebut memandangkan R-0D4 adalah robot darat. Antara kesukaran yang dihadapinya adalah kesesakan jalan di pasar raya, kawasan botanical dan cuaca hujan. R-0D4 kehilangan tangan kirinya dalam cabaran yang dihadapi. Apabila 3-B4NG dapat sampai ke rumahnya,
R-0D4 ingin menyerbu untuk mendapatkan semula ikan tersebut. R-0D4 membatalkan niatnya apabila dia terlihat 3-B4NG memberikan ikan tersebut kepada kucing tuan rumahnya yang sudah meninggal. R-0D4 akhirnya memutuskan untuk pulang sahaja. 3-B4NG yang melihat hal ini, merasa bersalah. 3-B4NG memberikan bateri baharu yang diinginkan oleh R-0D4 sebagai tanda maafnya. Akhirnya, 3-B4NG mati kerana kerosakan. Tamat.