top of page
Pack of Barracudas
Apocalyptic City

RINDU

7.jpg

LOGLINE:

Seorang lelaki yang dementia.

SYNOPSIS

Ismail yang baru sahaja pulang dari membeli bahan-bahan makanan di pasar memasuki rumah dan melihat anaknya, Adam sedang bermain bersama isterinya, Amirah. Dia menyuruh anaknya yang baru sahaja balik dari sekolah untuk mandi dan menukar baju. Sementara itu, Ismail berjalan ke dapur tanpa mengendahkan keberadaan isterinya untuk memasak hidangan makan tengahari. Setelah itu, mereka bertiga makan bersama-sama dan Ismail melihat anaknya bermesra dengan ibunya dengan menyuapkan makanan kepada Amirah. Keesokan harinya, Ismail menjemput anaknya pulang dari sekolah dan mengajaknya ke pasar untuk membeli barangan. Setibanya disana, mereka berjalan dan kemudiannya Adam menunjuk kearah satu tempat yang Amirah selalu membeli ikan. Ismail pun membeli ikan di gerai tersebut. Semasa mereka membeli, sahabat Ismail, Ammar ternampak mereka berdua dan menyapa Ismail serta menanyakan kepada siapa yang Ismail bercakap. Ismail memarahi Ammar dan beredar dari situ. Setelah insiden itu, mereka pun pulang ke rumah mereka dan Adam memeluk Amirah dan mereka berpimpinan masuk ke rumah. Setelah makanan siap dihidangkan, Adam terlihat bermesraan lagi dengan Amirah dan Ismail. Ketika itu, Ismail sudah tidak tahan dengan kerenah anaknya dan memarahi anaknya dengan memberitahu dengan nada yang kuat bahawa ibunya telah tiada disini. Terlihat di sebelah anaknya sebuah anak patung yang comot dengan makanan di bahagian mulutnya. Anaknya melawan dengan mengatakan bahawa ibunya masih ada. Ismail yang masih berang menarik tangan anaknya menaiki motorsikal untuk pergi ke kubur Amirah. Setibanya di kubur Amirah, Ismail menunjukkan kubur ibu Adam itu kepada Adam. Kemudian, Ismail terpandang ke satu kubur yang sangat dikenalinya. Datanglah ingatannya bahawa itu kubur anaknya, Adam yang sudah meninggal. Terlihat di tangan kanan dan kirinya anak patung lelaki dan perempuan. Dia teringat akan kejadian yang menyebabkan dua orang yang disayanginya meniggal, iaitu kemalangan kenderaan. Ammar yang berada di kubur itu datang ke sahabatnya yang sedang bersedih itu menenangkannya dan mengingatkannya supaya redha atas segala ketetapan Allah SWT keatas kita.

bottom of page