top of page
Pack of Barracudas
Apocalyptic City

IDEOLEPSY

10.jpg

LOGLINE:

Mengisahkan dua orang detektif yang merungkaikan misteri kehilangan / penculikan bersiri

SYNOPSIS

Nik dan Iwan merupakan detektif yang hebat dalam menyelesaikan kes. Suatu hari adik Nik diculik ketika di bawah jagaan Aisyah, dia buntu untuk mencari adiknya yang hilang kerana kes penculikan tersebut tiada langsung jejak. Nik mula ternampak benda-benda mistik terutama dalam tidurnya/mimpinya seperti kunci, buku, adiknya dan Menos(silhoutte), kemudian dia berjumpa dengan hantu yang merupakan mangsa kes itu juga. Hantu tersebut membantu Nik untuk mencari adiknya yang hilang dan selesaikan kes Ritual Menos yang jahat itu. Ketika mereka sampai ke lokasi ritual Menos yang penuh dengan rangka mayat manusia, Menos sudah dapat mengaktifkan kunci untuk menghidupkan semula Baselius dengan menggunakan darah-darah manusia yang diculiknya. Nik dan Iwan juga dikhianati oleh Aisyah yang merupakan dalang penculikan Ijat dan tali barut Menos. Aisyah bertindak menikam Iwan, dan membantu Menos. Sebelum sempat Menos menghidupkan Baselius, dia sudahpun tewas di tangan Nik dan Iwan yang nyawa-nyawa ikan. Menos dan Aisyah akhirnya dicekup dan ritual tersebut dibatalkan, barang-barang ritual juga diserahkan kepada muzium dan disembunyikan.

bottom of page